Halaman

Nuffnang

Selasa, 23 April 2013

Sonte Film : Pengganti Langsir Yang Berkebolehan WiFi

Langsir merupakan satu aksesori atau peralatan yang menutup tingkap dan menghalang orang luar dari melihat melalu tingkap itu. Namun kadang-kala anda memerlukan sesuatu yang lebih mudah dan canggih. Sonte Film adalah penghalang tingkap digital yang boleh dikawal secara WiFi menggunakan aplikasi telefon pintar.



 Sonte Film : Pengganti Langsir Yang Berkebolehan WiFi

Dengan menggunakan Sonte Film anda boleh membuatkan tingkap anda kelihatan legap dan lutsinar mengikut kemahuan anda menggunakan sebuah aplikasi telefon pintar dan sambungan WiFi.
Apa yang anda perlu buat ialah mengukur saiz tingkap anda, memotong Sonte Film mengikut saiz tingkap dan melekatkannya pada tingkap tersebut. Selepas itu anda perlu menyambungkannya kepada transformer berkebolehan WiFi yang juga disambungkan kepada sumber tenaga. Kemudian ada sudah sedia untuk menggunakannya.
Sonte Film
Pengeluar alat ini Sonte telah mengambil keputusan untuk mendapatkan pembiayaan melalui laman web crowd funding kickstarter.com di mana mereka menyasarkan untuk mendapat pembiayaan sebanyak USD 400,000. Untuk itu, mereka memperkenalkan beberapa pakej produk untuk ditawarkan kepada penyokong projek mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek ini dan pakej yang ditawarkan, anda bolehlah melayari laman web Kickstarter mereka. Terdapat 30 hari lagi untuk menyatakan sokongan anda kepada projek ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Like Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...