Halaman

Nuffnang

Selasa, 23 April 2013

Membuat Beg Laptop Dengan Hoodie Anda

Adakah anda sedang mencari beg laptop tetapi mendapati ia terlalu mahal untuk anda miliki? Jangan risau, Tomey akan menunjukkan cara membuat beg laptop dengan hoodie anda. In bukan sahaja unik, malah menjimatkan kos.

Membuat Beg Laptop Dengan Hoodie Anda

 

Untuk memulakan projek ini, anda memerlukan sebuah sepasang hoodie atau baju tebal dengan penutup kepala. Walaupun Malaysia merupakan negara beriklim tropika, ramai golongan muda mempunyai baju seperti ini dan memakainya dalam keadaan yang sejuk seperti di perpustakaan dan panggung wayang.
Mula-mula letakkan laptop di tengah-tengah hoodie. kemudian lipatkan bahagian bawah hoodie untuk menutup laptop itu dan kemudian lipatkan bahagian tepi hoodie ke bahagian bawah laptop supaya laptop anda seolah-olah dibaluti hoodie itu. Selepas itu telangkupkan bahagian penutup kepala ke bahagian yang bertentangan dengannya untuk mengunci laptop pada tempatnya.
Akhir sekali ikat bahagian tangan untuk dijadikan tali di mana bag tersebut boleh digantung. Bag Laptop anda kini telah siap.
membuat beg laptop dengan hoodie anda
http://tomeycutee.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Like Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...