Halaman

Nuffnang

Jumaat, 19 April 2013

Mari Sertai Peraduan Petronas Race On: Promosi Kedai Mesra

PETRONAS RACE ON: Mesra Store Promotion
Nak menang kereta mewah dan pelbagai hadiah menarik yang lain? ya Tomey nak.. Kali ini Tomey nak share kepada semua pembaca mengenai peraduan terbaru dari PETRONAS Dagangan Berhad iaitu Race On: Promosi Kedai Mesra. Maklumlah Tomey ni merupakan pelanggan setia di stesen PETRONAS jadi kalau tak sertai peraduan ni memang rugi rasanya. Bila lihat hadiah yang mereka tawarkan memang menarik dan lumayan. Tomey sendiri dah sertai peraduan ini dan kalau ada rezeki boleh menanglah hadiah utama Mercedes-Benz A-class. Untuk maklumat semua peraduan Race On: Promosi Kedai Mesra ini berlangsung dari 7hb Mac sehingga 30hb April 2013 di semua stesen PETRONAS di seluruh Malaysia.
Hadiah yang mereka tawarkan bukan calang-calang hadiah tau, sebanyak 101 hadiah yang ditawarkan kepada pemenang bertuah. Mana tahu kalau rezeki anda disini.. Hadiah-hadiahnya seperti berikut :-
  • Hadiah Utama – Mercedes-Benz A-Class baharu X 1 pemenang
  • Hadiah Kedua – LED HD Smart TV X 10 pemenang
  • Hadiah Ketiga – Macbook Air X 20 pemenang
  • Hadiah Keempat – iPhone 5 X 30 pemenang
  • Hadiah Kelima – Gift Card X 40 pemenang
Menarik bukan?.. Mudah sahaja sebenarnya untuk menyertai peraduan ini, terdapat 2 cara untuk menyertainya. Lihat langkah-langkah mudah yang disenaraikan:-
a) Untuk Kedai Mesra : Beli mana-mana kombo sama ada satu atau unit
berganda. Terdapat 5 pilihan kombo seperti dibawah.
Screen Shot 2013-04-13 at 11.11.37 PM
b) Untuk Mini Mesra & Unbranded : Buat pembelian sebanyak RM15 ke atas dalam satu resit (kecuali pembelian Primax 95, Diesel, Kerosin, Touch n Go, Rokok, perkhidmatan e-pay dan barang-barang terkawal seperti tepung, gula dan minyak masak) di stesen PETRONAS yang mengambil bahagian.

Selepas pembelian dibuat dapatkan resit pembelian dan isi butir-butir peribadi seperti nama, e-mel, nombor telefon serta jawab 1 soalan mudah di belakang resit.

Masukkan resit pembelian tadi lengkap dengan butir-butir diri serta jawapan ke dalam kotak yang disediakan di stesen PETRONAS.
WOW jadi apa tunggu lagi jom ramai-ramai kita ke stesen PETRONAS dan sertai Race On: Promosi Kedai Mesra sebelum terlambat. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan ini sila layari laman sesawang : http://www.mymesra.com.my/index.php?tpl=2013_f1_promosi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Like Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...