Halaman

Nuffnang

Selasa, 23 April 2013

Kebaikan dan Keburukan Rumpai Laut : Ibu Segala Kolagen

Hari ini Tomey nak cite pasal rumpai laut, korang tahu kan apa itu rumpai laut????
Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolagen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.

Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.
Kebaikan dan Keburukan Rumpai Laut : Ibu Segala Kolagen
    Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolagen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.


Menjamin Kecantikan?
 Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

 Pelbagai khasiat
Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

 Kajian lain
Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.
* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.
* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

 INFO: Rumpai laut * Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

Tomey : Musim orang "gilakan" rumpai laut.. ;)

Sonte Film : Pengganti Langsir Yang Berkebolehan WiFi

Langsir merupakan satu aksesori atau peralatan yang menutup tingkap dan menghalang orang luar dari melihat melalu tingkap itu. Namun kadang-kala anda memerlukan sesuatu yang lebih mudah dan canggih. Sonte Film adalah penghalang tingkap digital yang boleh dikawal secara WiFi menggunakan aplikasi telefon pintar.



 Sonte Film : Pengganti Langsir Yang Berkebolehan WiFi

Dengan menggunakan Sonte Film anda boleh membuatkan tingkap anda kelihatan legap dan lutsinar mengikut kemahuan anda menggunakan sebuah aplikasi telefon pintar dan sambungan WiFi.
Apa yang anda perlu buat ialah mengukur saiz tingkap anda, memotong Sonte Film mengikut saiz tingkap dan melekatkannya pada tingkap tersebut. Selepas itu anda perlu menyambungkannya kepada transformer berkebolehan WiFi yang juga disambungkan kepada sumber tenaga. Kemudian ada sudah sedia untuk menggunakannya.
Sonte Film
Pengeluar alat ini Sonte telah mengambil keputusan untuk mendapatkan pembiayaan melalui laman web crowd funding kickstarter.com di mana mereka menyasarkan untuk mendapat pembiayaan sebanyak USD 400,000. Untuk itu, mereka memperkenalkan beberapa pakej produk untuk ditawarkan kepada penyokong projek mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek ini dan pakej yang ditawarkan, anda bolehlah melayari laman web Kickstarter mereka. Terdapat 30 hari lagi untuk menyatakan sokongan anda kepada projek ini.

Membuat Beg Laptop Dengan Hoodie Anda

Adakah anda sedang mencari beg laptop tetapi mendapati ia terlalu mahal untuk anda miliki? Jangan risau, Tomey akan menunjukkan cara membuat beg laptop dengan hoodie anda. In bukan sahaja unik, malah menjimatkan kos.

Membuat Beg Laptop Dengan Hoodie Anda

 

Untuk memulakan projek ini, anda memerlukan sebuah sepasang hoodie atau baju tebal dengan penutup kepala. Walaupun Malaysia merupakan negara beriklim tropika, ramai golongan muda mempunyai baju seperti ini dan memakainya dalam keadaan yang sejuk seperti di perpustakaan dan panggung wayang.
Mula-mula letakkan laptop di tengah-tengah hoodie. kemudian lipatkan bahagian bawah hoodie untuk menutup laptop itu dan kemudian lipatkan bahagian tepi hoodie ke bahagian bawah laptop supaya laptop anda seolah-olah dibaluti hoodie itu. Selepas itu telangkupkan bahagian penutup kepala ke bahagian yang bertentangan dengannya untuk mengunci laptop pada tempatnya.
Akhir sekali ikat bahagian tangan untuk dijadikan tali di mana bag tersebut boleh digantung. Bag Laptop anda kini telah siap.
membuat beg laptop dengan hoodie anda
http://tomeycutee.blogspot.com

Jumaat, 19 April 2013

Mari Sertai Peraduan Petronas Race On: Promosi Kedai Mesra

PETRONAS RACE ON: Mesra Store Promotion
Nak menang kereta mewah dan pelbagai hadiah menarik yang lain? ya Tomey nak.. Kali ini Tomey nak share kepada semua pembaca mengenai peraduan terbaru dari PETRONAS Dagangan Berhad iaitu Race On: Promosi Kedai Mesra. Maklumlah Tomey ni merupakan pelanggan setia di stesen PETRONAS jadi kalau tak sertai peraduan ni memang rugi rasanya. Bila lihat hadiah yang mereka tawarkan memang menarik dan lumayan. Tomey sendiri dah sertai peraduan ini dan kalau ada rezeki boleh menanglah hadiah utama Mercedes-Benz A-class. Untuk maklumat semua peraduan Race On: Promosi Kedai Mesra ini berlangsung dari 7hb Mac sehingga 30hb April 2013 di semua stesen PETRONAS di seluruh Malaysia.
Hadiah yang mereka tawarkan bukan calang-calang hadiah tau, sebanyak 101 hadiah yang ditawarkan kepada pemenang bertuah. Mana tahu kalau rezeki anda disini.. Hadiah-hadiahnya seperti berikut :-
  • Hadiah Utama – Mercedes-Benz A-Class baharu X 1 pemenang
  • Hadiah Kedua – LED HD Smart TV X 10 pemenang
  • Hadiah Ketiga – Macbook Air X 20 pemenang
  • Hadiah Keempat – iPhone 5 X 30 pemenang
  • Hadiah Kelima – Gift Card X 40 pemenang
Menarik bukan?.. Mudah sahaja sebenarnya untuk menyertai peraduan ini, terdapat 2 cara untuk menyertainya. Lihat langkah-langkah mudah yang disenaraikan:-
a) Untuk Kedai Mesra : Beli mana-mana kombo sama ada satu atau unit
berganda. Terdapat 5 pilihan kombo seperti dibawah.
Screen Shot 2013-04-13 at 11.11.37 PM
b) Untuk Mini Mesra & Unbranded : Buat pembelian sebanyak RM15 ke atas dalam satu resit (kecuali pembelian Primax 95, Diesel, Kerosin, Touch n Go, Rokok, perkhidmatan e-pay dan barang-barang terkawal seperti tepung, gula dan minyak masak) di stesen PETRONAS yang mengambil bahagian.

Selepas pembelian dibuat dapatkan resit pembelian dan isi butir-butir peribadi seperti nama, e-mel, nombor telefon serta jawab 1 soalan mudah di belakang resit.

Masukkan resit pembelian tadi lengkap dengan butir-butir diri serta jawapan ke dalam kotak yang disediakan di stesen PETRONAS.
WOW jadi apa tunggu lagi jom ramai-ramai kita ke stesen PETRONAS dan sertai Race On: Promosi Kedai Mesra sebelum terlambat. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan ini sila layari laman sesawang : http://www.mymesra.com.my/index.php?tpl=2013_f1_promosi

HappyCall Pemanggang Serbaguna

JENAMA 'HAPPY CALL' LA YANG PALING LAMA DI PASARAN BERBANDING JENAMA LAIN SEPERTI 'IKAN' DAN 'VANTAGE'

LEBIH BESAR SAIZ DARI PEMANGGANG JENAMA 'IKAN'(28cm)
  
KORANG SEARCH YOUTUBE JE CONFIRM BERMACAM2 RESEPI ADA DARI JENAMA HAPPY CALL (KALAH JENAMA LAIN..HEHE) 
PRODUK DARI KOREA



Apa yang anda perlu tahu mengenai produk ini:-

  •  Happy call Double pan/ with grill merupakan alat memasak teknologi modern yang direka khas untuk anda yang inginkan kesempurnaan
  • Kerja memasak menjadi lebih mudah spt, membakar, memanggang, menggoreng, mengukus,merebus dsb
  • Produk BEST SELLER dan produk berkualiti yang tidak diragukan lagi kualitinya
  • Berpeluang mencipta sendiri masakan kesukaan anda dan memperoleh hasil masakan yang sangat memuaskan
  •  Produk import dari korea dengan dilengkapi seal anti tumpah dan pegangan yang panjang sehingga menjadi lebih mudah digunakan
  • Dilengkapi bahan anti melekit/melekat pada permukaan dan lebih mudah dibersihkan.
  • Boleh dimasak tanpa minyak dan sangat sesuai untuk anda yang sedang diet
  • Memasak tanpa minyak akan mengurangi lemak
*Happy Call membuat acara masak menjadi happy.....*


Spesifikasi:-

1. Sistem Pengunci Magnetik (magnetic locking mechanism /handle)
2. Pegangan Stainless Steel (stainless steel holder)
3. Tempat penampung minyak /wap air
4. Penahan minyak (hinge joint /oil receptacle)
5. Lubang wap (steam vent /port)
6. Gagang Anti Panas (controured head resistant handle)




                                      Nie video memasak mengunakan HappyCall

Happy Call Memiliki lingkaran rekabentuk 2 sisi permukaan pan yang tinggi (Dow Corning, USA) dengan gagang bermagnetik, hingga:-
 

* Menghasilkan pressure tinggi
* Proses masak menjadi lebih cepat 30-40%
* Tidak tumpah saat masakan dibolak-balik
* Kepanasan yang dihasilkan merata (haba yang dihasilkan boleh meresap disetiap makanan) ikan dan daging terasa lembut didalam dan crispy diluar


Manfaat Happy Call antara lain:-

* Memanggang ikan, udang, aneka seafood, steak, sate, martabak, pizza, cake
* Menggoreng nasi goreng dari beras, menumis sayuran,popcorn dengan sempurna
* Dapur bersih bebas percikan minyak.Tanpa asap dan bau
* Dilengkapi dengan tiga lapisan seramik special, menjadikan permukaan bebas melekat, hanya perlu 
   sedikit minyak
* Kuat dan tahan lama serta mudah dibersihkan
* Mengatasi problem memasak ikan! (tanpa percikan minyak)
* Sajian lebih nikmat dan kaya zat

Yang berminat boleh komen/mail saya. PM FB pun boleh
Harga Asal RM170 (Saiz 32cm)
Harga Promosi RM140 + POS PERCUMA
Kt Jusco/Aeon pn de tp harga RM399

Rabu, 17 April 2013

Rahsia Hanset Dalam Keadaan Kecemasan

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1.Nombor Kecemasan
... Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Sabtu, 13 April 2013

Payung Pelangi

 

 
Payung terkini dan tercantik
saiz 30 inci.
Kualiti terbaik

Harga seunit : RM18
General Information
Seunit RM18
Harga promosi
1 unit RM15.00 (Minimum order 3unit)
1 unit RM13.00 (Minimum order 10unit)
1 unit RM12.00 (Minimum order 20unit)
1 unit RM10.00 (Minimum order 30unit)
 
FaceBook : https://www.facebook.com/pages/Payung-Pelangi

Like Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...