Halaman

Nuffnang

Selasa, 12 Mac 2013

Jobdirumah.com Scam?Menipu?

Sebenarnya, hari ini, Tomey nak kongsi satu peluang buat duit dengan kerja sambilan secara online di rumah. Korang pernah dengar tentang Jobdirumah.com? Tomey selalu gak tengok blogger-blogger mempromosikan laman web ini, dan tiba-tiba terasa pula nak daftar kerja sambilan ni.
Ok, sebenarnya, Tomey baru je daftar untuk bekerja dari rumah melalui Jobdirumah.com hari ini. Sebelum mendaftar ni, Tomey ada juga buat kajian dan pemerhatian sama ada laman web ini menipu atau scam. Tapi so far, semua review dan testimoni yang Tomey jumpa menunjukkan Jobdirumah.com tidak tipu punya. That’s why berminat nak join program ni. Kot-kot boleh buat duit secara online.
Logo Jobdirumah.com


Sebab Tomey minat bab-bab internet dan peluang buat income melalui internet, maka Tomey pun terasa nak mencuba. Kalau ya pun Jobdirumah.com ini adalah satu penipuan, maka Tomey halalkan dan anggap ia satu sedekah. Dan mudah-mudahan dengan niat sedekah ini, mampu memberikan Tomey lebih banyak rezeki dari sumber lain.

Baru je berjaya mendaftar..
Bagaimana Jobdirumah.com boleh memberikan kerja sambilan dari rumah?
Mengikut pemahaman Tomey, pihak mereka sebenarnya tidak menyediakan secara terus tugas-tugasan dari rumah, tapi pihak  Jobdirumah.com atau JDR sebenarnya menyediakan perkhidmatan, panduan dan video tutorial cara mendapatkan kerja di rumah melalui sumber-sumber yang betul. Mereka ini adalah pihak yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Home-based business dan Internet Marketing.
Mereka akan berhubung dengan syarikat-syarikat yang menyediakan pekerjaan  dan sebarang kerja kosong yang baru akan diemailkan kepada kita setiap pagi.

Tomey terfikir gak kenapa perlu bayar RM50 untuk daftar Jobdirumah.com?
Menurut Jobdirumah.com, bayaran RM50 ini adalah kos pihak JDR yang menyediakan khidmat ini termasuk perbelanjaan perniagaan biasa seperti webhosting, software, membayar gaji pekerja-pekerja untuk menguruskan semua aspek di laman web seperti khidmat pelanggan, pengiklanan, jualan dan teknikal.
Kesimpulannya, modal yang kita keluarkan adalah untuk  perkhidmatan yang mereka sediakan.
Tapi betullah juga, kalau kita nak mohon kerja pun, kita keluarkan modal kan. Contohnya,kita kena beli borang permohonan, kena buat resume, kena buat gambar passport lagi, dan pergi tempat temuduga pun, kena bayar tambang kereta atau kena isi minyak, so basically kita kena keluarkan sedikit modal untuk dapat satu pekerjaan. Itupun kalau berjaya. Betul tak?
So, sekarang ni, apa-apa pun, kena keluarkan sedikit modal atau pengorbanan. Oklah, Tomey tak nak cakap banyak-banyak sangat sebab Tomey pun baru daftar, tapi jangan risau, insyaAllah, apa-apa perkembangan nanti, Tomey share dengan korang ye. Kalau nak tau lebih lanjut atau nak daftar, boleh KLIK SINI. Selamat berjaya.

Ada sapa-sapa yang dah join? jomlah share..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Like Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...