Halaman

Nuffnang

Selasa, 12 Mac 2013

Jobdirumah: Info Tentang Kerja Sambilan Jobdirumah





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Tomey terpanggil untuk buat artikel yang agak panjang lebar mengenai Jobdirumah: Info Tentang Kerja Sambilan Jobdirumah. Artikel ini 100% hasil review dari pandangan Tomey sendiri dan bukannya artikel dari mana-mana pihak ye. Artikel tentang kerja sambilan jobdirumah ini terwujud hasil dari banyak pertanyaan pelawat blog tomeycutee.blogspot.com terhadap jobdirumah. Tarik nafas panjang-panjang sebelum baca artikel bebelan panjang lebar Tomey ini.
Tomey faham jika anda kurang yakin samada benar atau tidak wujud pekerjaan dari rumah kerana banyak tawaran kerja di rumah dan akhirnya anda di sajikan dengan skim cepat kaya, perlu cari downline untuk dapat kembali wang yang anda bayar atau program perniagaan yang hanya menipu.
Untuk mendapat kerja di rumah yang sebenar, anda perlu tahu di mana untuk mencari peluang tersebut. Memang ada banyak peluang pekerjaan di rumah tapi kebanyakan adalah perniagaan di rumah bukan pekerjaan di rumah. Walaupun kedua – dua jenis ini boleh di lakukan di rumah tetapi mempunyai maksud yang berbeza.
i. Perniagaan di rumah – Sebarang jenis program yang anda sertai dan memerlukan anda membuat promosi atau mencari pelangan atau downline adalah sejenis perniagaan di rumah. Pendapatan anda di jana hasil daripada pembelian atau penyertaan pelangan atau downline baru.
ii. Pekerjaan di rumah – Anda di bayar untuk bekerja menyiapkan tugasan atau kerja yang di beri oleh majikan. Sama ada majikan itu mendapat untung atau tidak dalam perniagaan mereka itu bukan masalah anda. Gaji di bayar oleh mereka kepada anda untuk menyiapkan tugasan atau kerja tertentu. Sumber: sini
Oleh sebab itu jobdirumah diwujudkan. Pihak Jobdirumah tidak menjual atau menawarkan program perniagaan kepada anda. Mereka menyediakan LATIHAN ASAS dan jalan yang betul ke arah mendapatkan kerja di rumah yang sebenar. Kerja di mana anda di bayar untuk menyiapkan tugasan atau kerja yang di perlukan oleh majikan BUKAN membantu mereka mendapatkan pelanggan.
Contoh-contoh Tugasan Jobdirumah
Setiap hari pada pukul 8 pagi, pihak Jobdirumah akan mengirim senarai kerja-kerja daripada syarikat/ majikan terus ke email anda. Antara contoh-contoh kerja ialah seperti memasukkan maklumat ke dalam pengkalan data, mengumpulkan maklumat, laporan, artikel, proposal, pengiklanan, penterjemahan, mereka bentuk grafik, pembangunan laman web, facebook & twitter manager, komen page dan group facebook, pekerja kaji selidik dalam talian, penulis blog part time dan pelbagai jenis kerja lagi. Anda boleh pilih mana kerja yang bersesuaian dengan anda, fahamkan kehendak majikan dan mula memohon kerja tersebut.
Ada testimonial tak dari sesiapa yang dah join jobdirumah?
Pada sesiapa yang nak baca testimonial jobdirumah, boleh bacanya lebih lanjut di website >>jobdirumah<<
Apa syarat-syarat untuk mendaftar Jobdirumah?
Rasanya tak perlu Tomey ulang perkara sama, info tersebut anda boleh baca pada artikel Tomey >> Kerja Sambilan Dari Rumah (Part Time) @ Jobdirumah.
Apa kelebihan kalau mendaftar jobdirumah?
  1. Penerangan bertulis secara online tentang di mana, cara apa & bagaimana mendapatkan kerja di rumah dengan majikan & agensi.
  2. Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja pada majikan & agensi.
  3. Video tutorial cara membuat permohonan kerja – kerja yang ahli fikir sesuai dengan kelayakan & kemahiran mereka.
  4. Tip – tip serta cara untuk mendapatkan & mencari kerja di rumah sebenar yang tidak bersangkut paut dengan sebarang jenis perniagan online.
  5. Carian terus ke laman iklan pekerjaan kami pada lebih 10,000 kekosongan terkini dalam satu – satu masa daripada majikan & agensi di seluruh dunia dengan percuma.
  6. Kemas kini senarai tawaran kekosongan terkini dari majikan & agensi – agensi secara percuma setiap hari.
Kenapa perlu bayar RM50 untuk daftar Jobdirumah?
Ramai yang bertanyakan Tomey kenapa perlu bayar pendaftaran sebanyak RM50? Nak cari kerja perlu bayar ke? Menipulah. Kalau betul tolak jelah dari bayaran kerja yang kami akan dapat nanti tak boleh ke? Kalau tak dapat kerja macam mana? Rugilah!
Tomey nak tanya anda yang nak pergi temuduga kerja pun kena keluarkan dulu modal permulaan untuk pergi temuduga seperti tambang bas @ minyak kereta, print resume, cuci gambar pasport dan sebagainya kan? Adakah semua pengorbanan anda itu dijanjikan anda pasti dapat kerja tersebut??
Jadi cuba anda baca balik kenapa dikenakan bayaran sebegitu di Jobdirumah.
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM50 hanya sekali sahaja adalah untuk kos mereka menyediakan latihan dalam bentuk penulisan online dan juga video tutorial cara untuk mendapatkan kerja dirumah dengan cara dan sumber yang betul. Mereka juga akan hantar email setiap hari menyatakan senarai kerja-kerja kosong atau anda boleh juga lihat senarai update kerja yang ada di website jobdirumah apabila anda sudah mendaftar jobdirumah.
Cuba anda fikirkan lagi, ini sama juga konsep seperti anda beli e-buku @ e-book panduan membuat kek coklat yang sedap. Anda bayar untuk membeli panduan bagaimana membuat coklat yang sedap dengan cara yang betul dan mula mengaplikasikannya sehingga anda berjaya membuat sebiji kek coklat yang sedap. Adakah anda dijanjikan pandai untuk buat kek coklat tanpa berusaha hanya beli panduan sahaja?? Begitulah juga konsep jobdirumah, mereka menyediakan latihan secara online, video dan peluang menjana wang di rumah. Kemudian terletak pada anda untuk berusaha mencubanya sendiri.
Tapi jika anda mampu mencari kerja sampingan secara online tanpa bantuan pihak lain anda sememangnya tidak perlu mendaftar jobdirumah.
Saya nak cuba tapi tak mampu nak bayar sampai RM50? Ada cara lain tak?
Ok Tomey akan dedahkan rahsia lain untuk korang mendaftar dengan harga yang lebih murah iaitu first korang jadi agen affiliate jobdirumah dulu and then barulah korang beli panduan jobdirumah ini melalui link affiliate anda sendiri. Cara-caranya ialah:
1. Sila >>Klik sini untuk ke website jobdirumah<<
2. Kemudian cari tab menu paling atas belah kanan tue tulis “affiliate” dan klik untuk daftar agen affiliate dengan mengisi borang yang disediakan.
3. Dah isi semua dan follow je step yang dinyatakan.
4. Kemudian baru anda boleh beli guna link affiliate sendiri pada link yang disediakn.
**Untuk permulaan anda akan tetap bayar RM50 tapi jumlah RM20 itu akan dipulangkan kembali sebagai komisen promosi kepada diri anda sendiri.
Tomey ini promosi lebih-lebih sebab affiliate tapi tak join kan?
Yup memang Tomey join affiliate TAPI Tomey syorkan jobdirumah ini hanya selepas mendaftar dengan pihak jobdirumah. Tomey nampak peluang panduan yang diberikan oleh jobdirumah dan ingin kongsikan hanya kepada yang berminat. Tomey tahu dosa makan duit tipu orang lain. Hidup di dunia dan akhirat pun tak berkat.
Tomey sudah pun memohon antara kerja yang disyorkan dan tengah tunggu respon. Tomey dah ada pekerjaan lain yang perlu komitmen so kerja sambilan ini hanya dilakukan bila masa terluang hujung minggu @ masa free untuk cari duit lebih. Ingat sila mohon kerja ikut kemampuan. Jangan anda mohon banyak kerja lepas itu tak mampu laksanakannya. Ia boleh memberi efek negatif pada kreadibiliti anda bila nak mohon kerja lain.
Saya dah mendaftar jobdirumah tapi tak tahu nak mula dari mana?
Apabila anda dah mendaftar dan dapat sms username dan password dari pihak jobdirumah. Sila login dan baca segala penerangan dari pihak jobdirumah, tengok video yang disediakan dan baca artikel bagaimana cara untuk mencari kerja dari sumber yang betul. Anda lihat, baca dan fahamkan. Apabila dah faham, sila mendaftar pada website-website yang disarankan. Mencuba dan mahirkan skill menaip di website yang disarankan oleh jobdirumah. Praktiskan segala tips yang diberikan. Kemudian, lihat senarai kerja yang ditawarkan, pilih mana yang bersesuaian dengan anda, baca kehendak majikan dan sila bida kerja yang diingini.
Bida itu bukan bida nombor ekor ye. Anda perlu apply kerja tue dengan bid tawaran harga, tempoh masa anda mampu lakukan kerja itu dan kelebihan anda supaya majikan memilih anda sebagai pekerja pilihan. Makluman segala pekerjaan dalam jobdirumah ini perlu anda bida dengan majikan untuk memohon pekerjaan tersebut. Jika masih ada masalah boleh hantarkan pertanyaan bantuan kepada pihak jobdirumah.
Alah Jobdirumah ini menipu sama je dengan kerja-kerja online yang lain!!
Semuanya terletak pada diri anda untuk menilainya. Kalau anda baca betul-betul satu persatu di website jobdirumah anda akan faham bagaimana konsep jobdirumah ini beroperasi tanpa ada sebarang motif tersembunyi. Sehingga kini Tomey tak pernah jumpa lagi yang mengatakan jobdirumah ini menipu kerana Tomey sendiri pun dah join. Kalau ada sila maklumkan terus pada Tomey beserta buktinya.
Anda dah besar panjang boleh fikir sendiri mana baik dan buruk dan juga tiada unsur paksaan pun untuk anda join (syarat jobdirumah untuk 18 tahun ke atas sahaja). Tomey SYOR pada yang berminat untuk cuba dapat income sampingan. Pada yang menganggur, pesara, surirumah sepenuh masa, pelajar atau sesiapa yang nak cuba cari duit sampingan boleh mencuba >>jobdirumah<<. 

ps: letihnya nak menjawab pertanyaan tentang jobdirumah. harap anda baca dan fahamkan penerangan di website jobdirumah. jangan tanya melulu tanpa baca penerangan Tomey diatas dan juga website jobdirumah terlebih dahulu ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Like Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...