Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Tomey terpanggil untuk buat artikel yang agak panjang lebar mengenai Jobdirumah: Info Tentang Kerja Sambilan Jobdirumah. Artikel ini 100% hasil review dari pandangan Tomey sendiri dan bukannya artikel dari mana-mana pihak ye. Artikel tentang kerja sambilan jobdirumah ini terwujud hasil dari banyak pertanyaan pelawat blog tomeycutee.blogspot.com terhadap jobdirumah. Tarik nafas panjang-panjang sebelum baca artikel bebelan panjang lebar Tomey ini.
Tomey faham jika anda kurang yakin samada benar atau tidak wujud pekerjaan dari rumah kerana banyak tawaran kerja di rumah
dan akhirnya anda di sajikan dengan skim cepat kaya, perlu cari
downline untuk dapat kembali wang yang anda bayar atau program
perniagaan yang hanya menipu.
Untuk mendapat kerja di rumah yang
sebenar, anda perlu tahu di mana untuk mencari peluang tersebut. Memang
ada banyak peluang pekerjaan di rumah tapi kebanyakan adalah perniagaan
di rumah bukan pekerjaan di rumah. Walaupun kedua – dua jenis ini boleh
di lakukan di rumah tetapi mempunyai maksud yang berbeza.
i. Perniagaan di rumah – Sebarang jenis program yang anda sertai dan memerlukan anda membuat promosi atau mencari pelangan atau downline adalah sejenis perniagaan di rumah. Pendapatan anda di jana hasil daripada pembelian atau penyertaan pelangan atau downline baru.ii. Pekerjaan di rumah – Anda di bayar untuk bekerja menyiapkan tugasan atau kerja yang di beri oleh majikan. Sama ada majikan itu mendapat untung atau tidak dalam perniagaan mereka itu bukan masalah anda. Gaji di bayar oleh mereka kepada anda untuk menyiapkan tugasan atau kerja tertentu. Sumber: sini
Oleh sebab itu jobdirumah
diwujudkan. Pihak Jobdirumah tidak menjual atau menawarkan program
perniagaan kepada anda. Mereka menyediakan LATIHAN ASAS dan jalan yang
betul ke arah mendapatkan kerja di rumah yang sebenar. Kerja di mana
anda di bayar untuk menyiapkan tugasan atau kerja yang di perlukan oleh
majikan BUKAN membantu mereka mendapatkan pelanggan.
Contoh-contoh Tugasan Jobdirumah
Setiap hari pada pukul 8 pagi, pihak
Jobdirumah akan mengirim senarai kerja-kerja daripada syarikat/ majikan
terus ke email anda. Antara contoh-contoh kerja ialah seperti memasukkan
maklumat ke dalam pengkalan data, mengumpulkan maklumat, laporan,
artikel, proposal, pengiklanan, penterjemahan, mereka bentuk grafik,
pembangunan laman web, facebook & twitter manager, komen page dan
group facebook,
pekerja kaji selidik dalam talian, penulis blog part time dan pelbagai
jenis kerja lagi. Anda boleh pilih mana kerja yang bersesuaian dengan
anda, fahamkan kehendak majikan dan mula memohon kerja tersebut.
Ada testimonial tak dari sesiapa yang dah join jobdirumah?
Pada sesiapa yang nak baca testimonial jobdirumah, boleh bacanya lebih lanjut di website >>jobdirumah<<
Apa syarat-syarat untuk mendaftar Jobdirumah?
Rasanya tak perlu Tomey ulang perkara sama, info tersebut anda boleh baca pada artikel Tomey >> Kerja Sambilan Dari Rumah (Part Time) @ Jobdirumah.
Apa kelebihan kalau mendaftar jobdirumah?
- Penerangan bertulis secara online tentang di mana, cara apa & bagaimana mendapatkan kerja di rumah dengan majikan & agensi.
- Maklumat asas perkara yang perlu di sediakan sebelum membuat permohonan kerja pada majikan & agensi.
- Video tutorial cara membuat permohonan kerja – kerja yang ahli fikir sesuai dengan kelayakan & kemahiran mereka.
- Tip – tip serta cara untuk mendapatkan & mencari kerja di rumah sebenar yang tidak bersangkut paut dengan sebarang jenis perniagan online.
- Carian terus ke laman iklan pekerjaan kami pada lebih 10,000 kekosongan terkini dalam satu – satu masa daripada majikan & agensi di seluruh dunia dengan percuma.
- Kemas kini senarai tawaran kekosongan terkini dari majikan & agensi – agensi secara percuma setiap hari.
Kenapa perlu bayar RM50 untuk daftar Jobdirumah?
Ramai yang bertanyakan Tomey kenapa
perlu bayar pendaftaran sebanyak RM50? Nak cari kerja perlu bayar ke?
Menipulah. Kalau betul tolak jelah dari bayaran kerja yang kami akan
dapat nanti tak boleh ke? Kalau tak dapat kerja macam mana? Rugilah!
Tomey nak tanya anda yang nak pergi temuduga kerja pun kena keluarkan dulu modal permulaan untuk pergi temuduga
seperti tambang bas @ minyak kereta, print resume, cuci gambar pasport
dan sebagainya kan? Adakah semua pengorbanan anda itu dijanjikan anda
pasti dapat kerja tersebut??
Jadi cuba anda baca balik kenapa dikenakan bayaran sebegitu di Jobdirumah.
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM50
hanya sekali sahaja adalah untuk kos mereka menyediakan latihan dalam
bentuk penulisan online dan juga video tutorial cara untuk mendapatkan
kerja dirumah dengan cara dan sumber yang betul. Mereka juga akan hantar
email setiap hari menyatakan senarai kerja-kerja kosong atau anda boleh
juga lihat senarai update kerja yang ada di website jobdirumah apabila
anda sudah mendaftar jobdirumah.
Cuba anda fikirkan lagi, ini sama juga
konsep seperti anda beli e-buku @ e-book panduan membuat kek coklat yang
sedap. Anda bayar untuk membeli panduan bagaimana membuat coklat yang sedap
dengan cara yang betul dan mula mengaplikasikannya sehingga anda
berjaya membuat sebiji kek coklat yang sedap. Adakah anda dijanjikan
pandai untuk buat kek coklat tanpa berusaha hanya beli panduan sahaja??
Begitulah juga konsep jobdirumah,
mereka menyediakan latihan secara online, video dan peluang menjana
wang di rumah. Kemudian terletak pada anda untuk berusaha mencubanya
sendiri.
Tapi jika anda mampu mencari kerja
sampingan secara online tanpa bantuan pihak lain anda sememangnya tidak
perlu mendaftar jobdirumah.
Saya nak cuba tapi tak mampu nak bayar sampai RM50? Ada cara lain tak?
Ok Tomey akan dedahkan rahsia lain
untuk korang mendaftar dengan harga yang lebih murah iaitu first korang
jadi agen affiliate jobdirumah dulu and then barulah korang beli panduan
jobdirumah ini melalui link affiliate anda sendiri. Cara-caranya ialah:
1. Sila >>Klik sini untuk ke website jobdirumah<<
2. Kemudian cari tab menu paling atas belah kanan tue tulis “affiliate” dan klik untuk daftar agen affiliate dengan mengisi borang yang disediakan.
3. Dah isi semua dan follow je step yang dinyatakan.
4. Kemudian baru anda boleh beli guna link affiliate sendiri pada link yang disediakn.
**Untuk permulaan anda akan tetap bayar RM50 tapi jumlah RM20 itu akan dipulangkan kembali sebagai komisen promosi kepada diri anda sendiri.
2. Kemudian cari tab menu paling atas belah kanan tue tulis “affiliate” dan klik untuk daftar agen affiliate dengan mengisi borang yang disediakan.
3. Dah isi semua dan follow je step yang dinyatakan.
4. Kemudian baru anda boleh beli guna link affiliate sendiri pada link yang disediakn.
**Untuk permulaan anda akan tetap bayar RM50 tapi jumlah RM20 itu akan dipulangkan kembali sebagai komisen promosi kepada diri anda sendiri.
Tomey ini promosi lebih-lebih sebab affiliate tapi tak join kan?
Yup memang Tomey join affiliate TAPI Tomey syorkan jobdirumah
ini hanya selepas mendaftar dengan pihak jobdirumah. Tomey nampak
peluang panduan yang diberikan oleh jobdirumah dan ingin kongsikan hanya
kepada yang berminat. Tomey tahu dosa makan duit tipu orang lain. Hidup di dunia dan akhirat pun tak berkat.
Tomey sudah pun memohon antara kerja
yang disyorkan dan tengah tunggu respon. Tomey dah ada pekerjaan lain
yang perlu komitmen so kerja sambilan ini hanya dilakukan bila masa
terluang hujung minggu @ masa free untuk cari duit lebih. Ingat sila
mohon kerja ikut kemampuan. Jangan anda mohon banyak kerja lepas itu tak
mampu laksanakannya. Ia boleh memberi efek negatif pada kreadibiliti
anda bila nak mohon kerja lain.
Saya dah mendaftar jobdirumah tapi tak tahu nak mula dari mana?
Apabila anda dah mendaftar dan dapat sms
username dan password dari pihak jobdirumah. Sila login dan baca segala
penerangan dari pihak jobdirumah, tengok video yang disediakan dan baca
artikel bagaimana cara untuk mencari kerja dari sumber yang betul. Anda
lihat, baca dan fahamkan. Apabila dah faham, sila mendaftar
pada website-website yang disarankan. Mencuba dan mahirkan skill menaip
di website yang disarankan oleh jobdirumah. Praktiskan segala tips yang
diberikan. Kemudian, lihat senarai kerja yang ditawarkan, pilih mana
yang bersesuaian dengan anda, baca kehendak majikan dan sila bida kerja
yang diingini.
Bida itu bukan bida nombor ekor ye. Anda
perlu apply kerja tue dengan bid tawaran harga, tempoh masa anda mampu
lakukan kerja itu dan kelebihan anda supaya majikan memilih anda sebagai
pekerja pilihan. Makluman segala pekerjaan dalam jobdirumah ini perlu
anda bida dengan majikan untuk memohon pekerjaan tersebut. Jika masih
ada masalah boleh hantarkan pertanyaan bantuan kepada pihak jobdirumah.
Alah Jobdirumah ini menipu sama je dengan kerja-kerja online yang lain!!
Semuanya terletak pada diri anda untuk
menilainya. Kalau anda baca betul-betul satu persatu di website
jobdirumah anda akan faham bagaimana konsep jobdirumah ini beroperasi
tanpa ada sebarang motif tersembunyi. Sehingga kini Tomey tak pernah
jumpa lagi yang mengatakan jobdirumah ini menipu kerana Tomey sendiri
pun dah join. Kalau ada sila maklumkan terus pada Tomey beserta
buktinya.
Anda dah besar panjang boleh fikir sendiri mana baik dan buruk dan juga tiada unsur paksaan pun untuk anda join (syarat jobdirumah untuk 18 tahun ke atas sahaja). Tomey SYOR pada yang berminat untuk cuba dapat income sampingan. Pada
yang menganggur, pesara, surirumah sepenuh masa, pelajar atau sesiapa
yang nak cuba cari duit sampingan boleh mencuba >>jobdirumah<<.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan